Galaxy Note 3 Dengan Skrin Fleksible Dilancarkan September Ini

Selepas beberapa berita khabar angin mengenai Samsung Galaxy Note 3 yang dikatakan akan dilancarkan dengan skrin paparan Super AMOLED fleksible. Akhirnya kami mendapat satu berita daripada Korea Selatan yang menyatakan bahawa berita ini mungkin akan menjadi kenyataan. Pengeluaran bagi skrin fleksible ini dikatakan akan dimulakan pada bulan Ogos dengan pelancaran rasmi model ini akan diadakan pada bulan September.
Laporan tersebut juga menyatakan sebab-sebab Samsung untuk memperkenalkan satu revolusi baru didalam peranti mereka yang terkini. Pertama, Samsung perlu memperkenalkan satu model baru yang menarik perhatian selepas penjualan Samsung Galaxy S4 yang tidak mencapai sasaran ditetapkan. Kedua, pengeluar telefon pintar yang juga berpangkalan di Korea Selatan. LG, kini dikatakan adalah pencabar kepada Samsung selepas syarikat itu dilaporkan sedang membangunkan satu model telefon pintar yang dilengkapi dengan skrin paparan fleksible.
Selain itu, Sony dan HTC juga akan memperkenalkan model mereka yang boleh dikatakan akan mencabar penjualan Galaxy Note 3. Sony akan tampil dengan Xperia Z Ultra manakala HTC dengan model One Max (T6) mereka yang tersendiri. Dengan ini boleh dikatakan Samsung harus perkenalkan satu peranti yang merevolusikan teknologi sekaligus menarik perhatian pengguna kepada generasi terbaru Galaxy Note ini. Jika ini menjadi kenyataan, Samsung Galaxy Note 3 akan menjadi peranti pertama didunia dengan skrin paparan fleksible dengan syarat LG tidak melancarkan model telefon pintar dengan skrin paparan fleksiblenya terlebih dahulu.
Phablet ini dijangka akan dilengkapi dengan Android 4.2.2 Jelly Bean. Namun, selepas banyak laporan mengatakan yang Android 4.3 akan dilancarkan pada July, Galaxy Note 3 mungkin akan dilancarkan dengan sistem operasi Android yang terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.